Penulis: Abdul Razak Husin
Publisher: ITBM
Language: Malay
Sarang Tempua di Taman Ayah merupakan sebuah kumpulan karya yang lahir dari sudut pandang seorang guru. Lantaran pengalaman peribadi penulis sebagai guru, isu pendidikan yang merangkumi sebahagian besar cerpen-cerpen dalam kumpulan ini dipaparkan secara realistik selain isu-isu semasa yang lain.
Himpunan 13 cerpen ini mengutarakan pelbagai kisah dalam dunia pendidikan seperti tugas seorang guru, isu pertukaran agama murid, kelemahan pelajar dan konflik-konflik keluarga yang akhirnya membawa kepada nilai-nilai murni.
Kesederhanaan dan keharmonian cerita dalam kumpulan cerpen ini diikat dengan plot yang kemas, watak yang jelas, dan sekali gus memberi nilai positif terutama kepada remaja.