Miss Spa Lawan Gadis Kampung

Miss Spa Lawan Gadis Kampung

Regular price
$7.00
Sale price
$7.00
Unit price
per 

Author: Ain Maisarah
,
Nur Khairiah

Language: Malay

Publisher: Blink Book Sdn Bhd

Cantik bergaya? Itu memang idaman semua! Jika boleh badan mestilah langsing macam biola. Paling didamba, muka biarlah licin bak telur dikupas. Oh... rambut pula diimpikan cantik mengurai macam model syampu dalam kaca televisyen!

Demi mendapatkan kecantikan maksima, bagi Syaza si anak pemilik spa... tentulah segalanya perlu dilakukan dengan rawatan paling moden. Mesin urutan menggunakan getaran air hidro. Muka diwapkan dengan bekalan oksigen sejuk. Pada ketika rawatan, bau lavendar wajib memenuhi ruang hidung!

Lain pegangannya dengan Mawar, si gadis kampung. Hanya bedak sejuk ditepek ke muka, murah dan dibuat sendiri sahaja. Ubat suburkan rambut, mudah... lulurkan biji betik yang dikisar dan dijemur. Jika mahu langsingkan badan... tidak perlu susah-susah. Beriadahlah cara paling mudah, berlari-lari di tepi sawah ataupun tangkap belut di dalam kolam air tawar!